Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

WhatsApp Membenarkan 8 Orang Sekaligus Untuk Video Call dan Voice Call

An-Naim Jamhari, April 28, 2020

Membuat panggilan berkumpulan bersama kawan-kawan pada malam hari adalah satu perkara yang sudah biasa pada hari ini. Namun, WhatsApp hanya membenarkan 4 ahli sahaja untuk membuat panggilan video atau suara pada satu masa. Ini menyebabkan ramai mencari alternatif lain seperti Google Duo yang membenarkan sehingga 12 orang pada satu masa. Selain itu, kelemahan WhatsApp ini juga boleh menyebabkan kawan terasa hati kerana tidak termasuk sekali.

Memahami isu ini, WhatsApp telah membenarkan panggilan berkumpulan sehingga 8 ahli serentak menerusi kemaskini baharu untuk pengguna iOS sahaja. Jika anda merupakan pengguna iOS, maka anda boleh mencubanya dengan rakan-rakan yang lain.

Bagaimana pula dengan Android? Seperti yang kita sedia tahu, Android mempunyai pelbagai versi untuk setiap jenama pengeluar. Maka, proses mengemaskini aplikasi WhatsApp akan mengambil masa untuk memastikan ia benar-benar stabil untuk setiap peranti Android. Oleh itu, anda boleh bersabar dan menunggu kemaskini yang baharu.

 

 

Berita Teknologi

Post navigation

Previous post
Next post
©2023 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes