Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Vivo APEX 2019 – Peranti Futuristik Tanpa Sebarang Port

An-Naim Jamhari, April 10, 2019

Semakin lama, semakin gila teknologi zaman sekarang. Pihak pengeluar berlumba-lumba dalam menghasilkan produk mereka yang serba unik dan kreatif. Mereka juga ingin menunjukan kehebatan mereka dengan menghasilkan satu fungsi yang terbaru dan bersikap inovatif.

Penciptaan Vivo APEX 2019 ini agak unik, dan dikatakan penuh dengan ciri futuristik – iaitu cas melalui magnetik, tanpa sebarang port dan fingerprint di seluruh skrin.

  • Telefon pintar ini hanya peranti konsep sahaja, bukannya peranti yang sedia untuk dipasarkan. Jom kita lihat spesifikasi telefon vivo APEX 2019:
    • Skrin Full HD bersaiz 6.41″
      Menggunakan cip CPU Snapdragon 855 yang sangat berkuasa (1 x Kryo 485 2.84 GHz, 3 x Kryo 485 2.42 GHz, 4 x Kryo 485 1.8 GHz)
      GPU Adreno 640
      12GB RAM
      storan bersaiz 512GB
      OS Funtouch 5.0 yang berasaskan Amdroid Pie 9.0
    • Kapasiti bateri 4,000 mAh
    • Lain-lain: Dikatakan boleh Menyokong 5G, fast wireless charging 40W

    Konsep yang dibawakan oleh Vivo APEX 2019 ialah tanpa sebarang lubang dan tanpa butang fizikal. Ini bermakna port jack untuk earphone dan charging port tidak wujud sama sekali.

    Ya, betul tanpa butang. Mereka gunakan sensor sebagai pegganti butang. Manakala butang hidup ada sedikit bonggolan supaya kita boleh hidupkan telefon tanpa mencari dengan mata.

    Sungguh menakjubkan apabila anda boleh menggunakan fungsi fingerprint di seluruh skrin. Malah, sistem fingerprint mereka juga canggih kerana ia hanya memerlukan beberapa tap sahaja untuk disediakan.

    Ha bagaimana pula dengan speaker ? Kalau tiada lubang speaker, bagaimana audio boleh disampaikan? Vivo APEX 2019 menggunakan konsep sains iaitu menghasilkan bunyi dari getaran dalam peranti itu. Bunyi yang terhasil lebih kuat di bahagian belakang telefon.

    Cuma, versi awal ini tidak mempunyai kamera hadapan. Di bahagian belakang telefon pintar ini mempunyai dwi-kamera iaitu 12MP dan 13MP.

    Berita Teknologi vivo apex 2019

    Post navigation

    Previous post
    Next post

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ©2023 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes