Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Realme 5 & Realme 5 Pro Dilancarkan – Hadir Dengan 4-Kamera

An-Naim Jamhari, August 20, 2019

Realme India baru sajal melancarkan produk gadget terbaru mereka iaitu Realme 5 dan Realme 5 Pro. Kedua-dua telefon ini mempunyai rekaan yang hampir serupa dan hadir dengan gabungan 4-kamera tetapi Realme 5 Pro lebih berkuasa dalam spesifikasinya.

Paparan

Kedua-dua model ini datang dengan paparan jenis IPS LCD dan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3+. Cuma, Realme 5 mempunyai saiz 6.5” dan resolusi HD manakala Realme 5 Pro mempunyai saiz 6.3” dan resolusi FHD.

Platform

Kedua-dua model ini menjalankan Android Pie dengan sistem ColorOS 6. Realme 5 dijana dengan Snapdragon 665 manakala Realme 5 Pro dijana oleh Snapdragon 712.

Storan RAM/dalaman bagi Realme 5 adalah 3/32GB, 4/64GB dan 4/128GB manakala Realme 5 Pro pula 4/64GB, 6/64GB dan 8/128GB.

Kamera

Ya benar, kedua-dua model ini hadir dengan gabungan 4 kamera – hanya membezakan sensor utama yang digunakan sahaja. Realme 5 menggunakan sensor utama 13MP manakala Realme 5 Pro adalah 48MP. Bagi kamera swafoto pula, masing-masing hadir dengan sensor 13MP atau 16MP.

Ini perlihatkan, Realme 5 Pro adalah telefon pintar yang termurah dalam pasaran dalam menawarkan sensor kamera sebesar 48MP.

Bateri

Realme 5 hadir dengan kapasiti bateri sebesar 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 10W manakala Realme 5 Pro hadir dengan kapasiti bateri sebesar 4035mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 20W.

Harga

Realme 5 mula dijual di pasaran India dan harganya bermula pada RS 9,999 (~RM578) bagi Realme 5 Pro pula mula dijual pada harga RS 13,999 (~RM810). Bagi pasaran Malaysia, pihak Realme Malaysia masih belum memberi bayang dan pengumuman. Sama-sama kita nantikan.

 

Berita Teknologi

Post navigation

Previous post
Next post
©2023 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes