Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Platform Huawei Dinamakan ‘Oak OS’ dan Bakal Datang Pada Ogos atau September

An-Naim Jamhari, June 7, 2019

Huawei kemungkinan akan melancarkan sistem operasi tersendiri pada bulan Ogos atau September nanti tahun ini – menurut laporan dari Global Times. Khabar ini tiba pada pagi ini sejurus spekulasi sekatan dari pihak Amerika Syarikat yang memaksa Huawei terpaksa mencari alternatif Android dari Google.

Global Times berkata bahawa sistem operasi ini mungkin dipanggil ‘HongMeng OS’ di China, tapi sistem operasi ini akan dinamakan sebagai ‘Oak OS’ di pasaran lain, menurut sumber yang mereka dapat. Huawei juga dikatakan sedang membuat ujian intensif terhadap sistem tersebut.

#Huawei is intensively testing its own operating system, to be named “HongMeng OS” for China market or “Oak OS” for overseas market, which is likely to be launched in August or September, sources say. https://t.co/hqA7JJdjjS

— Global Times (@globaltimesnews) June 7, 2019

Bagi yang belum kenal dengan HongMeng OS, marilah kita lihat sedikit pengenalan sistem operasi ini. Menurut Wikipedia, ia merupakan sistem yang serasi dan boleh menjalankan aplikasi Android walau pada platform yang berbeza. Ia dikatakan di bawah jagaan Huawei sejak 2012 untuk produk akan datang. Menurut eksekutif Huawei, Richard Yu mengatakan sistem operasi ini boleh digunakan sebagai ‘Plan B’ jika mereka dihalang menggunakan Android dan Windows.

HongMeng OS ini telah dipatenkan di China dan sah sehingga 13 Mei 2029, dan mempunyai nama yang lain – tapi ia masih belum disahkan secara rasmi;

  • Huawei Ark OS
  • Huawei Ark
  • Ark
  • Ark OS

Sama-sama kita nantikan berita terbaru dari Huawei mengenai sistem operasi yang mereka bakal gunakan. Adakah ia lebih hebat dari Android ? Mungkinkah Huawei akan gagal seperti Nokia dan Windows Phone ? Sama-sama kita nantikan.

Berita Teknologi

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2023 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes