Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Pengguna Telegram Boleh Wujudkan Perbualan Kumpulan Berdasarkan Lokasi & Menambah Kenalan Berdekatan

An-Naim Jamhari, June 25, 2019

Dalam kemaskini lepas, Telegram telah meningkatkan privasi pengguna dan anda boleh mengawal tetapan privasi dengan lebih mendalam – seperti mengawal siapa yang boleh melihat nombor telefon anda. Dan juga, ia memudahkan anda untuk bertukar maklumat kenalan dengan pengenalan “Add to contact” atau “Block user”.

Namun, apa yang menariknya, kemaskini terbaru membolehkan pengguna menambah kenalan berdekatan dan mewujudkan perbualan kumpulan berdasarkan lokasi berdekatan.

https://bijaktech.com/wp-content/uploads/2019/06/img_9478.mp4

Fungsi ini amatlah canggih dan merupakan inovasi yang maju dalam aplikasi permesejan. Ciri ini mampu memudahkan sesebuah kumpulan yang besar untuk mewujudkan perbualan kumpulan dengan tempoh yang singkat tanpa masalah. Untuk maklumat penuh berkaitan kemaskini terbaru, boleh lihat di Telegram Blog.

Lain-Lain

Post navigation

Previous post
Next post
©2023 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes