Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Jom Sertai Kejohanan PUBG Mobile Malaysia !

An-Naim Jamhari, December 16, 2018

pubg-hero_1527570270606-770x433

Tencent, merupakan salah satu syarikat internet terkemuka yang asalnya daripada China dan aplikasinya yang terkenal iaitu WeChat telah mengumumkan kejohanan PUBG Mobile di Malaysia buat pertama kalinya pada hari ini. Pertandingan ‘mega’ ini di mana mereka menawarkan hadiah berjumlah RM60,000. Kejohanan PUBG Mobile ini turut ditaja oleh syarikat telekomunkasi yang baharu iaitu Yoodo bersama pengeluar telefon pintar dari China iaitu Vivo.

pubg-mobile-2018-950x467

Kejohanan ini digelar PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2018, dan ia akan melalui peringkat saringan terlebih dahulu di negeri Johor, Sabah, Sarawak dan juga Kuala Lumpur. 4 pasukan yang paling power daripada setiap peringkat saringan antara negeri ini kemudiannya akan bertemu untuk perlawanan akhir di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2019 tahun hadapan, sekaligus merebut hadiah utamanya.

Berikut merupakan jadual peringkat saringan untuk PMNC ini:
Johor : 22 Disember 2018, Aeon Tebrau City, Johor
Sabah : 25 Disember 2018, Kompleks Karamunsing, Sabah
Sarawak : 06 Januari 2019, Emart Batu Kawa, Sarawak
Kuala Lumpur : 12 Januari 2019, Sunway Velocity Level 3, Kuala Lumpur

Perlawanan Akhir : 26 Januari 2019, Vanity Atrium, Sunway Velocity, Kuala Lumpur (16 Pasukan)

Bagi anda yang hebat dalam PUBG dan berminat untuk menyertai pertandingan ini, anda boleh mendaftar untuk menyertainya bermula hari ini di laman rasmi PUBG Mobile. Yuran penyertaan tidak dinyatakan. Bijak Android mengucapkan selamat maju jaya kepada pembaca kami yang akan memasuki pertandingan ini !

Berita Teknologi

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2023 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes