Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Jenis Keluaran Filem Yang Dicetak Rompak (CAM, RIP..)

An-Naim Jamhari, March 3, 2018

movie
Filem yang dicetak rompak selalunya dilakukan oleh kumpulan tertentu untuk menyediakan filem percuma kepada penonton. Mereka juga dapat menghasilkan duit yang amat banyak dari kegiatan haram ini. Kebanyakkan filem terbaru yang dicetak rompak selalunya dalam kualiti yang teruk, namun ia akan diganti dengan keluaran yang lebih berkualiti.

Contohnya filem terbaru, selepas beberapa minggu akan ada versi yang dicetak rompak berada di dalam internet tetapi ia direkod dalam bentuk kamera. Namun setelah beberapa bulan, filem tersebut telah dikeluarkan dalam bentuk DVD, maka organisasi cetak rompak ini akan ‘copy’ DVD tersebut dan upload di dalam internet.

Bentuk filem yang dicetak rompak

jenis bentuk format file

  • AVI (Audio Video Interleave)
  • FLV (Flash Video Format)
  • MKV (Matroska Video)
  • MP4 (Moving Pictures Expert Group 4)

Namun, kualiti yang terbaik yang paling HD ialah MP4. Namun, ada 2 jenis MP4 iaitu x264 dan x265 (HEVC). x264 merupakan teknologi pada tahun 2012, dan kini ada teknologi baharu iaitu x265 (HEVC). Apa itu HEVC? Ia merupakan High Efficiency Video Coding dimana video dalam bentuk HD namun pada saiz yang jauh lebih rendah.

Contoh;

  • The LEGO Batman Movie (2017) 720p BrRip – 751 mb
  • The LEGO Batman Movie (2017) 720p HEVC BrRip – 507 mb

Jenis format keluaran cetak rompak

  • Cam

Filem ini akan dirakan menggunakan kamera sama ada HDCamera ataupun telefon di dalam wayang. Kualiti yang amat teruk kerana kamera selalu bergoncang, video yang kabur dan audio yang tak jelas. Kerana merekod filem di dalam wayang, maka anda akan dengar suara orang ketawa semasa menonton video CAM ini.

  • Telesync (TS)

Seperti CAM, namun dalam kualiti yang lebih baik kerana menggunakan sumber audio luaran seperti kabel. Proses rakaman yang menggunakan kamera profesional yang akan memberikan kualiti gambar yang lebih cantik.

  • Pay-Per-View Rip

Filem yang berada di Netflix dan sebagainya (yang ada hak upload filem) telah dicetak rompak daripada filem yang berbayar. Contoh Pay-Per-View adalah ASTRO First/best yang telah dirakam.

  • DVD-Rip

Satu salinan filem yang dalam bentuk DVD. Kualiti yang bagus dan mudah dicetak rompak.

  • HDTV, PDTV or DSRip

Filem ini dicetak rompak melalui TV ataupun kabel HDMI. Ini bermaksud ia merakam video daripada TV dan mungkin ada iklan-iklan. Kualiti yang bagus juga.

  • WEB-DL

Ini adalah filem atau rancangan TV yang dimuat turun melalui laman web pengedar seperti iTunes . Kualitinya agak baik kerana mereka tidak dirakam dan dikodkan semula.

  • Blu-ray/BD/BRRip

Cakera BluRay merupakan DVD yang amat berkualiti. Mempunyai resolusi yang terbaik sehingga 1080p. Ia dapat dicetak rompak dan merupakan jenis cetak rompak yang paling terkenal serta bersepah dalam internet.

Jika anda dah tahu format filem yang perlu dimuat turun, maka bacalah Cara tonton movie bersama subtitle

    Lain-Lain

    Post navigation

    Previous post
    Next post

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ©2023 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes