Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Huawei Mate 20 : Pemenang Telefon Pintar Terbaik tahun 2018?

An-Naim Jamhari, October 17, 2018

Tak semua mempercayainya, tapi sejak beberapa tahun ni, Huawei telah terbukti menjadi antara syarikat pengeluar telefon pintar yang terkenal di seluruh dunia. Ini bukanlah satu tugas yang mudah kerana pengeluar dari negara China sebelum ini mempunyai reputasi buruk dan peranti mereka sering kelihatan seperti salinan lemah iPhone atau peranti Samsung.

Tetapi semua yang telah berubah sekarang. Orang dah tak tanya “Telefon ni diperbuat dari negara mana?”. Jika dulu anda benci keluaran Chinese, kini tidak lagi. Dunia berubah 360 darjah dalam 3-5 tahun. Huawei Mate 20 Pro terbaru telah diumumkan baru-baru ini di London dan merupakan lambang pembangunan telefon pintar: ia adalah salah satu telefon pintar Android terbaik sekarang.

huawei-mate-20-pro-7

sumber: Android Central

Jika kuasa besar dahulu ialah Nokia, dan diambil alih oleh Samsung dan Apple, lalu mereka disaingi dengan kuasa China seperti Oppo dan Xiaomi. Kini, Huawei telah berada dalam senarai pengeluar telefon pintar yang terkenal, yang juga dari negara China. Antara faktor kejayaan Huawei ini adalah sering melakukan inovasi pada setiap peranti mereka sehingga menjadi pilihan orang ramai. Mana taknya, spesifikasi kena dengan pilihan peminat tapi jauh lebih berbaloi berbanding syarikat terkemuka sebelum ini.

Jangan terkejut, anda pasti akan cair dengan Huawei Mate 20 Pro

Walaupun harganya agak menakutkan, jika anda mementingkan setiap sen yang dikeluarkan untuk produk yang berkualiti, anda mesti nak beli telefon ini terus. Kenapa ya? Jom baca sampai habis woi !


  • Reka bentuk yang menarik. Sangat bergaya, sangat berjaya – Notch ia mampu menyembunyikan modul iframerah dan memperbaiki sistem pengecaman wajah.Huawei-Mate-20-Pro-Huawei-Mate-20-Pro-release-Huawei-Mate-20-Pro-this-week-Huawei-Mate-20-Pro-smartphone-Huawei-Mate-20-Pro-1030719

  • Teknologi yang canggih; dipanggil Hyper optical Pattern. Dimana fungsinya untuk mengurangkan licin antara telefon dan jari anda. Maka, tiada tergelincir, tiadalah kerosakan, jimatlah duit.

Huawei-Mate-20-and-Pro-batch-2-9-840x473

sumber: Android Authority

  • Berkuasa penuh ! Huawei sendiri tunjuk belang, mereka kata CPU Kirin 980 (yang digunakan oleh Huawei Mate 20) adalah lebih berkuasa berbanding Snapdragon 845 (yang digunakan oleh Pixel, Note 9 dan sebagainya)

Jika itu nampak biasa bagi anda, cuba layan perkara berikut. Anda mampu menangis.

Menggunakan triple-camera dan in-display fingerprint reader

Korang pernah nampak tak fingerprint reader ? Mestilah pernah kan. Tapi kalini lain macam, mereka menawarkan fingerprint reader pada skrin telefon. Gila ! Walaupun teknologi ini agak mahal, pastinya Huawei bijak mengatasi masalah ini. Ia mengambil beberapa bulan untuk menawarkan teknologi seperti ini, namun membuahkan hasil yang memberangsangkan. 20% lebih laju berbanding Mate RS !

Vivo-X21-16

Tapi dari segi kamera, ia masih tidak mampu bersaing dengan Pixel 3 dan Pixel 3 XL, keluaran Google. Walaupun hanya dengan 1 kamera, ia masih menakjubkan dan mampu mengalahkan Mate 20 Pro. Tapi jangan risau, Mate 20 masih hebat dalam kamera. Huawei telah memilih triple-camera.


‘Kami sudah mengetahui dua sensor P20 Pro: standard 27 mm untuk sensor 40 megapiksel (f / 1.8 aperture), dan kanta telefoto 83 mm dengan penstabilan optik 8 megapiksel. Sensor hitam dan putih telah digantikan dengan modul sudut lebar 16 mm dengan 20 megapixel. Sensor ini amat sesuai untuk fotografi rapat dengan jarak fokus minimum 2.5 centimeter. Ujian pertama kami sangat memuaskan dan kemungkinan ujian akhir kami akan mengesahkan tanggapan pertama kami yang baik.’ –AndroidPit.

design-matrix@2x

Spesifikasi Huawei Mate 20 Pro

  • Saiz skrin; 6.39” (1440×3120 pixels)
  • Skrin: AMOLED (HD kahau woi)
  • Kamera:

Main: 40MP (2160p), 20MP, 8MP

Selfie: 24MP (1080p)

  • RAM: 6GB
  • ROM: 128GB
  • External card: Boleh, tetapi ia dipanggil NM Card
  • CPU: Kirin 980 (Octa-core: 2×2.6 GHz Cortex-A76 & 2×1.92 GHz Cortex-A76 & 4×1.8 GHz Cortex-A55)
  • Kapasiti Bateri: 4200mAh
  • OS: Android Pie 9.0
  • GPU: Mali-G76 MP10
  • Support Face ID dan Fingerprint

Sumber – GSM Arena

Perbezaan spesifikasi dengan telefon pintar terbaik 2018

Screenshot_2018-10-17 Huawei Mate 20 and Mate 20 Pro vs the competition

Screenshot_2018-10-17 Huawei Mate 20 and Mate 20 Pro vs the hggvgv

Harga Huawei Mate 20

Harga rasminya jika di Eropah adalah 999 euros. Hm, agak mahal, tetapi ia datang dengan 128GB terus. Ia masih bagus berbanding iPhone 128GB, kenapa? Aplikasi yang sama tapi saiznya lebih besar 2 kali ganda berbanding Android punya. Tapi dengan harga sekeras 999euros, anda pastilah ingat bahawa telefon ini antara yang terbaik dalam teknologi telefon pintar, tapi harganya lebih berbaloi berbanding Galaxy Note 9 dan iPhone XS Max.

Berita Teknologi

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2023 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes