Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

CIA mendakwa Huawei ditaja oleh Tentera China

An-Naim Jamhari, April 22, 2019

CIA ialah Central Intelligence Agency yang berpusat di Amerika Syarikat yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan negara mereka melalui perisikan dan sebagainya. Mereka mendakwa Huawei berpontesi memberi ancaman keselamatan buat negara mereka.

Seperti yang kita tahu, 2 buah negara gergasi ini merupakan kuasa besar dan saling membenci. Menurut The Times, CIA telah memberi amaran kepada Britain bahawa Huawei menerima sokongan kewangan daripada China’s National Security Commission, People’s Liberation Army dan Chinese state intelligence network. Malah, CIA juga memberi maklumat tersebut kepada sekutunya iaitu Australia, New Zealand dan Canada pada awal tahun ini.

Huawei merupakan antara pengeluar telefon pintar terbesar di dunia dari segi hasil penjualan unit, tetapi sukar untuk menembusi pasaran di AS. Hal ini kerana ia menjadi satu isu oleh FBI, CIA, NSA dan lain-lain lagi berkaitan agensi keselamatan di sana.

Perkara ini berlaku kerana peralatan dan alat yang digunakan dalam produk Huawei. Ia boleh digunakan sebagai perisik untuk mendapatkan maklumat dari sesuatu negara atau sesebuah syarikat. Dan ia merupakan mengapa kerajaan AS melarang penjualan peralatan rangkaian dari Huawei pada 2012.

Berita Teknologi Cia

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2023 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes