Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Cara Mengesan Telefon Android Anda (SANGAT MUDAH)

An-Naim Jamhari, January 13, 2018

Apa yang kita akan belajar?

  • mengesan nombor telefon melalui gps
  • cari telefon hilang guna gps
  • cara jejak telefon hilang

Bila beli telefon baru ini lepas itu siap canggih dan mahal harganya, mesti risau bawa keluar jalan-jalan takut hilang. Paling seram bila sentuh poket tapi tak rasa telefon kita, mesti jantung dah dup dap tung tuang. Mesti ada daripada anda semua yang berazam cara jejak telefon yang hilang.

Bak pepatah melayu ‘Sediakan payung sebelum hujan’, jangan dah hilang baru nak kesan telefon. Cara yang betul nak kesan telefon ni perlulah enable itu ini dan barulah misi mencari telefon boleh dilakukan. Kena buat persediaan dahulu.

Android adalah satu sistem untuk telefon, dimana setiap Android dipasang dekat mana-mana telefon mahupun lain jenama, mesti ia berikat dengan Google. Google dan Android adalah bersaudara. Maka, setiap telefon android ada google, oleh itu setiap telefon android boleh dikesan dengan bantuan Google. Google telah menyediakan satu sistem untuk kesan telefon anda iaitu ‘Find my device’ ataupun ‘Android device manager’. Kedua-duanya sama sahaja, cuma yang beza nama antara kedua-dua tersebut.

Perkara wajib untuk kesan telefon;

  • Mesti kena ada internet setiap masa

Sebaik-baiknya data internet, jika telefon dicuri maka ada internet di mana-mana. Internet diperlukan untuk telefon hantar maklumat secara online.

  • Mesti ON GPS setiap masa

Kalau nak kesan telefon yang hilang, mesti kena ON GPS barulah boleh tahu lokasi tepat telefon kita.
>> Memang perlu 2 perkara diatas untuk kesan telefon anda. Tak kesah la guna ‘Find my device’ ataupun guna app lain, masih perlu perkara tersebut.

Langkah menjejaki telefon Android;

Ada 3 proses sebelum pencarian telefon berjaya.
 1. Hidupkan GPS & Internet
Nak hidupkan GPS ini mudah aja, tarik status bar dan tekan GPS. Sama seperti hidupkan data internet.

3. Membenarkan ‘Find my device’
1. First of all (cewah), kita perlu sign-in akaun google dekat telefon kita.
2. Buka ‘Setting’ telefon
3. Tekan ‘Security’
4. Tekan ‘Device administrators’
5. Tandakan ‘Find my Device/Android Device Manager’

Proses yang penting adalah kedua (yang ini lah), barulah kita boleh kesan telefon kita tu.

3. Proses pencarian dan menjejaki telefon
1. Pergi ke website Google – Find My Device menggunakan laptop ataupun telefon lain
2. Sign-in akaun Google yang sama dengan telefon yang dicari.
3. Ulala !


Fungsi website Google-Find my device

  • Track

Jika telefon anda hidupkan GPS, akan automatik keluar lokasi telefon anda.

  • Play sound

Jika anda berada di kawasan sekitar, anda boleh dengar telefon anda berdering.

  • Lock

Lock telefon anda supaya tiada sape boleh buka.

  • Erase

Format telefon anda supaya detail anda selamat.

Tamat. Jika ada pertanyaan, boleh terus komen ataupun hubungi saya di page Contact. Jika suka artikel ini, sila share kepada kawan-kawan semua ye.

Trik dan Tips Telefon Pintar

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2023 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes