Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Cara Mainkan Video YouTube Dalam Latar Belakang (Back Ground) Pada Telefon Pintar Android & iOS anda

An-Naim Jamhari, January 8, 2019


Di dalam kita, kita boleh memainkan mana-mana video Youtube di latar belakang dan melakukan perkara lain semasa mendengar video, tetapi di dalam telefon pintar, terdapat aplikasi Youtube yang dikeluarkan secara rasmi yang tidak berfungsi di latar belakang dan tidak boleh memainkan mana-mana video di latar belakang, jadi hari ini saya akan berkongsi dengan anda satu cara/helah yang mudah untuk memainkan video Youtube di latar belakang telefon pintar android dan iOS anda. Seperti Spotify dan Joox, Youtube juga boleh dijadikan sebagai latar belakang. Dengan itu, anda dapat melakukan perkara yang berlainan di samping memainkan Youtube pada latar belakang.


Anda fikir apa kelebihan helah ini? Ya, anda tidak memerlukan aplikasi tambahan untuk memainkan video. Malah anda dapat memainkan musik video pada latar belakang. Hebat bukan? mari kita ikuti langkah mudah ini

Langkah 1:

Buka pelayar (browser) anda, jika anda menggunakan Google Chrome, tulis pada carian Youtube.com dan anda akan disalurkan terus ke channel Youtube. Jika anda menggunakan Safari, gunakan kaedah yang sama. Tulis pada carian youtube.com

Langkah 2:

Cari video kesukaan anda atau lagu kesukaan anda seperti biasa untuk dimainkan. Kemudian, tekan 3 titik dot pada bahagian atas kanan Goodle Chrome anda. Lihat contoh gambar di bawah
 

Langkah 3:

Selepas tekan pada option tersebut, tekan pada Desktop Site
 

Langkah 4:

Apabila anda sudah berada dalam Desktop side, bererti anda boleh “minimize” browser anda dan ia akan muncul di “notification” anda dan anda hanya perlu menekan butang play untuk memainkan muzik yang anda gemari.

Mudah bukan? Selamat mencuba dan berhibur!
Trik dan Tips Telefon Pintar

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2023 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes